Tuesday 10 January 2012

Menangis untuk Bahagia

Awak
Bila awak jatuh, saya ingin jadi orang pertama yang membangunkan awak
Bila awak kalah, saya ingin jadi orang pertama yang memenangkan awak
Bila awak salah, saya ingin jadi manusia pertama yang membetulkan awak

Awak
Saat kesedihan menyapa, saya mahu jadi insan pertama yang membalut kesedihan itu
Saat air mata mencemar wajah, saya mahu jadi insan pertama yang menyeka air mata itu
Saat masalah menyelubungi, saya mahu jadi insan pertama yang merungkai kekusutan itu

Tapi awak
Bila awak senyum, saya tak mahu jadi orang pertama yang awak cari
Bila awak ketawa, saya tak mahu jadi orang pertama yang awak temui
Bila awak bahagia, saya tak mahu jadi orang pertama yang awak kongsi

Awak
Kerana setiap kali awak berduka, saya turut ikut menangis
Kerana setiap kali awak gembira, saya turut sama bahagia

Dan biarlah air mata duka awak untuk saya
Dan biarlah air mata suka awak untuk dia


nota kaki: trimas untuk 'dia' yang memberi ilham. ini untuk 'dia' yg sentiasa mendoakan 'dia'^^

bahagia tu tak semestinya bermakna hidup dengan orang yang kita sayang.
(Aqilah Tahir. 20120106:1200)

Sunday 1 January 2012

Awak... Sudah Tahun Baru.

Awak.
Sudah tahun baru.
Tambah satu angka lagi dalam usia saya dan awak.

Awak.
Sudah tahun baru.
Maka tambah setahun lagi saya menunggu.

Awak.
Sudah tahun baru.
Dengan itu tambah setahun lagi saya berharap.

Awak.
Sudah tahun baru.
Tambah setahun lagi tempoh hati saya milik awak.

Awak.
Sudah tahun baru.
Harapnya tahun ini saya tak perlu menunggu dalam kelam.
Harapnya tahun ini saya tak perlu berharap dalam gusar.
Harapnya tahun ini saya masih terus sayang awak.

Awak.
Harapnya tahun baru ini saya jadi milik awak.

                                                                                                                      20120101:2100