Thursday 12 July 2012

Kau, Aku, Kita #1

Langkah pantas yang dihayun tadi sudah bertukar rentak menjadi larian kecil. Dia sudah lewat. Benar-benar lewat. Salahnya juga menolak pelawaan Saiful untuk menghantarnya ke KLIA. Konon kalau naik tren terasa macam nak pergi perantauan. Perantauan la sangat kalau setakat ke bumi Korea dua minggu. Jadual penerbangan di pandang sekilas melihat kalau-kalau flightnya sudah berlepas. Lega rasa. Mujur dia masih dalam kategori tak lewat sangat. Segera passport dan tiket kapal terbang disua pada petugas kaunter. Elok je sampai ke dalam perut kapal terbang, pramugari bertugas sudah bersiap sedia untuk memberi penerangan keselamatan. Dia penat. Dia penat sebab berlari dan sekarang penat bila atas kerusinya ada beg orang lain – beg orang sebelah sebetulnya.

          “Excuse me, miss.” Orang sebelah yang sedang menunduk tu segera mengangkat wajah.

          Beku. 

Oh. Sekarang dia rasa kalau dia betul-betul lewat sampai tertinggal flight pun tak apa. Dia mahu lari. Kalau ghaib pun dia lebih suka. Tak ada mana-mana jin dari lampu Aladdin nak muncul ke saat kritikal begini? Kalau dia buat-buat pengsan aci tak? Lepas tu tak payah naik flight ni. Tukar flight lain. Tak perlu jumpa ‘orang sebelah’. Tak perlu duduk di kerusi sebelah ‘orang sebelah’. Dan mujur tiada cermin kala tu, kalau tak dia dah boleh gelak guling-guling tengok wajah sendiri yang diyakini 120% beriak pelik. 

“Eh?” ‘Orang sebelah’ menunding jari ke arahnya. Terkejut. Cuma riak terkejutnya segera diganti dengan senyum melebar. Ya. Aku lupa. ‘Orang sebelah' memang ceria meria orangnya. Dan saat tu dia tahu perjalanannya untuk sampai ke bumi Korea pasti terasa lama seperti ke Atlanta. Dan niat untuk tidur sepanjang perjalanan mungkin dia boleh lupakan sekarang.

Dia mahu ghaib. Jujur.

Tuesday 10 July 2012

kau!

Kau tahu tak bila aku pandang kau, hati aku curi-curi pandang kau jugak? 
Kau tahu tak bila kau ada sebelah aku, aku rasa tenang? Bukan degup kencang mcm love-story kata. 
Kau tahu tak bila kau ada, aku akan rasa aku laa manusia paling selamat atas muka bumi ni? 
Kau tahu tak bila kau bercakap, aku akan jadi manusia yang sangat memberi perhatian?
Kau tahu tak bila kita berselisih faham, aku akan jadi manusia yang paling mudah mengaku kalah?
Kau tahu tak kau adalah manusia pertama yang akan aku ceritakan apa saja berkenaan lelaki?
Kau tahu tak yang aku akan senyum bila tengok kau dah boleh bahagia dengan awek kau?  
Kau tahu tak yang aku sendiri tak tahu apa yang aku rasa, bila dan kenapa rasa ni ada? 
Kau tahu tak yang aku mula suka pandang kau saat kita bertemu dalam kereta api pertama kali?  
Kau tahu tak waktu tu aku sudah mula selesa dengan kau walhal aku bukan orang yang mudah mesra?
Kau tahu tak yang aku akan pastikan kau happy dan bahagia serta selalu mendoakan kau?
Kau tahu tak yang sebenarnya aku akan pastikan rasa ni kekal bertanda begini tanpa sebarang ungkapan?
Kau tahu tak yang aku akan pastikan kau kekal tak tahu sebab aku taknak rosakkan hubungan sedia ada?


Kau tak tahu dan biar kau kekal tak tahu. Dan aku suka begini.

20120710:1850

Monday 9 July 2012

amalan

tercarik hati dan perasaan
dicarik pemandangan terhidang
melihat pusu-pusu kehidupan
kelu lidah terkunci bibir
tiada senyum bukan juga caci

langkah longlai dipaksa hayunan
kuat terus hidup kalah pasti rebah
dunia tidak lagi sebuah kehidupan
nafas sudah jadi percaturan
hidup kau hanya kau
dunia aku hanya aku

yang kalah terus tewas
yang menang terus megah
manusia kekal terleka
megah itu cuma sementara
tewas itu persinggahan berkala
yang bezakan kita hanya satu
hanya itu jadi pertimbangan
antara syurga bahagia
antara neraka celaka
pilihan pada kau
bukan aku... bukan juga Dia



20120709:0935