Thursday 12 July 2012

Kau, Aku, Kita #1

Langkah pantas yang dihayun tadi sudah bertukar rentak menjadi larian kecil. Dia sudah lewat. Benar-benar lewat. Salahnya juga menolak pelawaan Saiful untuk menghantarnya ke KLIA. Konon kalau naik tren terasa macam nak pergi perantauan. Perantauan la sangat kalau setakat ke bumi Korea dua minggu. Jadual penerbangan di pandang sekilas melihat kalau-kalau flightnya sudah berlepas. Lega rasa. Mujur dia masih dalam kategori tak lewat sangat. Segera passport dan tiket kapal terbang disua pada petugas kaunter. Elok je sampai ke dalam perut kapal terbang, pramugari bertugas sudah bersiap sedia untuk memberi penerangan keselamatan. Dia penat. Dia penat sebab berlari dan sekarang penat bila atas kerusinya ada beg orang lain – beg orang sebelah sebetulnya.

          “Excuse me, miss.” Orang sebelah yang sedang menunduk tu segera mengangkat wajah.

          Beku. 

Oh. Sekarang dia rasa kalau dia betul-betul lewat sampai tertinggal flight pun tak apa. Dia mahu lari. Kalau ghaib pun dia lebih suka. Tak ada mana-mana jin dari lampu Aladdin nak muncul ke saat kritikal begini? Kalau dia buat-buat pengsan aci tak? Lepas tu tak payah naik flight ni. Tukar flight lain. Tak perlu jumpa ‘orang sebelah’. Tak perlu duduk di kerusi sebelah ‘orang sebelah’. Dan mujur tiada cermin kala tu, kalau tak dia dah boleh gelak guling-guling tengok wajah sendiri yang diyakini 120% beriak pelik. 

“Eh?” ‘Orang sebelah’ menunding jari ke arahnya. Terkejut. Cuma riak terkejutnya segera diganti dengan senyum melebar. Ya. Aku lupa. ‘Orang sebelah' memang ceria meria orangnya. Dan saat tu dia tahu perjalanannya untuk sampai ke bumi Korea pasti terasa lama seperti ke Atlanta. Dan niat untuk tidur sepanjang perjalanan mungkin dia boleh lupakan sekarang.

Dia mahu ghaib. Jujur.

No comments:

Post a Comment