Monday 31 October 2011

Kerana Dia adalah Harapan


Sebuah coretan dari hati... 


Tiga tahun lepas, saya mengenali seorang hamba ALLAH. Perkenalannya cukup singkat dan sederhana tapi cukup untuk membuatkan saya terus mengingatinya. Hingga saat nurkilan ini dicoretkan, saya masih mengingatinya. Mungkin di saat nurkilan ini sudah lama dicoretkan pun, saya masih terus mengingatinya. Dia hanya manusia biasa, sama seperti orang lain. Dan pada pandangan orang lain pun, dia tiada apa. Dia hanya seorang manusia yang gagal dalam kerjaya, dalam hidup juga. 


Saya sendiri kurang pasti kenapa saya memandangnya dari sudut yang berbeza. Saya tidak memandangnya sebagai manusia gagal dalam hidup, tetapi saya memandang setiap kegagalan yang ditempuhi olehnya sebagai dugaan buatnya. Kata sahabat-sahabat semua berpunca dari dirinya sendiri yang salah membuat pilihan dalam hidup. Kata mereka juga, dia terlalu mengikut darah muda dan gopoh membuat keputusan. 


Benar, setiap orang diberi hak untuk memilih jalan yang mana harus dipilih. Dan risiko dari pilihan itu, kita sendiri yang tanggung. Tetapi bukankah setiap manusia itu tidak sempurna dan melakukan kesilapan. Dan sebagai hambaNya kita tak punya kuasa untuk menghukum apatah lagi untuk mengadili. 


Saya mengenali dia saat dia terjatuh. Waktu itu hanya keluarga yang berada di sisinya. Tidak pernah sekalipun saya terleka untuk meniupkan semangat buatnya. Dan tidak pernah sekalipun saya terlupa mendoakan kebaikkan untuknya. Walau pertama kali bertemu, saya melihat ada nada kesungguhan pada wajahnya.


Kerana sedikit kesilapan dan tindakan gopoh saya, kami tidak bertukar khabar hampir dua tahun. Saya tidak pernah mengharapkan dia akan memaafkan saya, jauh sekali untuk bersahabat semula dengan saya. Waktu itu saya berusaha mencarinya semula dan saya dapat tahu dia sudah bangun dari kegagalan dan menguruskan perniagaan keluarga. Kebetulan, saya ada sedikit kerja untuk diuruskan berhampiran rumahnya. Kami bertemu. Namun kekok itu masih memenuhi perbualan. Saya tidak menyalahkannya kerana saya tahu silap berpunca dari saya. 


Tidak lama kemudian, saya mendapat khabar dia menemui kegagalan lagi. Juga berpunca dari kesilapannya. Waktu itu tiada siapa lagi yang berdiri disisinya melainkan keluarga. Kawan di waktu senang hilang, tak mengaku kenal. Saya cuba untuk menghubunginya, tapi gagal. Saya tak tahu sama ada dia masih tak dapat maafkan saya atau malu saya mengetahui lagi tentang kegagalannya. Tidak lama kemudian, kami bertemu lagi. Saya nampak dia menanggung malu sehingga tidak mahu bertemu masyarakat. Saya bukanlah pandai memberi nasihat. Saya melayannya seperti biasa, seperti tiada apa yang berlaku. Sekadar untuk dia tahu yang saya masih memandangnya sama seperti dahulu. Tidak pernah saya menilainya sebagai seorang yang gagal.


Kini saya tidak punya apa-apa perantara lagi untuk berhubung dengannya. Saya percaya kuasa ALLAH itu hebat. Jika ditakdirkan dia membaca coretan ini tidak kiralah bila dan dimana, saya mahu dia tahu yang saya percaya satu waktu nanti dia akan bangun dan tidak akan gagal lagi. Saya sentiasa mendoakan apa saja yang terbaik untukknya. Dan saya tetap memandangnya dari sudut terbaik. Saya tidak mengharapkan dia tahu yang saya masih menunggu. Saya cuma mengharapkan yang saya masih boleh terus menunggu. Doa saya tidak pernah putus buatnya.



Nota kaki: Cinta yang agung adalah cinta yang menunggu dan terseksa.

Thursday 20 October 2011

Apologize

Maaf. Rasa-rasa mudah tak nak sebut? Sebut memang mudah. Tapi kalau kita buat salah besar, terlalu besar. Sanggup ke nak minta maaf? Dan kalau ada orang buat salah besar dengan kita. Mungkin perkara yang amat-amat tak boleh diterima akal, boleh ke kita memaafkan?




Selalu kemaafan yang dihulur kita akan sambut. Untuk jaga air muka mereka barangkali. Kita akan kata

'Ye. Tak apa. Aku maafkan kau.'

Tapi tu mulut yang kata. Hati? Sesungguhnya amat payah nak maafkan orang dengan hati yang betul-betul terbuka. Dan kalau betul maafkan, pasti ada ketika dan masanya kita akan teringat benda yang pernah jadi dan mula memikirkan benda tu.

Manusia boleh memaafkan tapi melupakan tak sama sekali. Lainlah kalau kepala kau terhantuk dan amnesia. Haha.

Kongsi di Laman Sosial

Lama sangat dah rasanya aku tak update. Sejak laptop aku rosak yang kini dah pun diganti dengan laptop baru. Hahaha. Bahagia tapi sengkek. Mahu tak sengkek kalau elaun habis kat laptop semata. Tak apa. Guna untuk tuntut ilmu(sedapkan hati sendiri). Memandangkan 'assignment' semua dah habis hantar, aku pun dengan penuh motivasi nak update blog aku yang dah penuh dengan sawang. Oh panjangnya intro.

Semua orang ada laman sosial. Ok aku tipu. Bukan semua orang tapi kebanyakkan orang ada laman sosial. Facebook, Twitter, Tumblr dan segala macam lagi. Aku tak pernah tahu semua tu sebab aku tak ada. Ok aku tipu lagi. Aku hanya ada facebook sahaja. Sahaja. Aku tak kisah langsung orang nak kata

    "Weh! Bukak laa akaun Twitter. Sekarang orang dah tak FB sangat. Twitter laa. Boleh twitt-twitt."

dan

"FB? Kunolah kau ni. Tumblr kan lagi best."

Kadang rasa nak lempang pun ada. Aku memang baran. Kalau sekali dua tak apa. Tapi kalau dah banyak kali dan dari orang yang sama, tak ke rasa macam nak sumbat mulut dia dengan stokin. Biarlah aku kuno pun. Aku sayang Mark Zuckerberg. Haha.

kalau marah hidung makin mancung tak apa. ni makin kembang.

Ok cukup merepek. Aku tengok orang sekarang bila ada laman sosial, semua benda nak kongsi. Memanglah peranan laman sosial tu berkongsi. Macam motto FB.


Aku tekankan bahagian 'share content with people in your life'. Share=Kongsi. Aku tak nafikan aku pun kongsi dengan kawan-kawan. Tapi yang jadi macam tak berapa betul, pergi kongsi SEMUA tu buat apa?
Aku tak nak sebut tentang
'Hari ini aku pakai blaus kaler biru belang2 pink' 
atau
'Spec yang I beli kat uptown Danau Kota kelmarin patah kena pijak dgn kucing jiran sebelah'
Tu semua buat aku loya nak muntah. Yang aku nak sebut tentang

'Darling, mish u. U mish i tak'. 
Pastu si darling pun balas
'i pun mish u gak'. 

Dan diikuti dengan komen-komen geli. Oh tolonglah. Aku tahu kau tengah bahagia tapi tak payah la nak KONGSI dengan semua orang tentang manja mesra kau dengan darling kau kat FB. Tu kalau waktu manja mesra. Kalau tengah gaduh pun nak heret tepek kat wall post.

'Lu ingat Lu bagus. Gua menyesal kenal orang macam Lu. Perangai Lu macam #$@^^%*&^.' 

Ni yang tak boleh pakai. Waktu bercinta kemain 'u', 'i'. Darling, sayang, honey, baby semua bubuh. Bila gaduh siap mencarut-carut bagai. Kesian dekat 'u' dengan 'i'. Tak pasal-pasal kena campak merata hala. Tapi kau sedar tak yang kau carut-carutkan tu semua orang boleh baca sebab kau KONGSI kat FB??

Nak bermanja mesra ke mencarut ke, kat luar la. Profesional sikit. Tu laman sosial untuk buat kawan. Ada orang guna laman sosial untuk berhubung dengan kawan-kawan lama. Ada orang guna laman sosial untuk berKONGSI maklumat. Jangan ingat bila orang 'like' wall post kau yang macam tu, orang betul 'like'. Tu semua sebab Mark Zuckerberg tak cipta butang 'unlike'. Kalau tak dah ramai orang 'unlike' termasuk aku. Haha.
 Mark Zuckerberg! Buat cepat sikit.

p.s: FB pun dah ada lagu sekarang. Tu menunjukkan orang bercinta dari FB pun ada je bahagia. Bahagia ke tak bahagia tak payah buat post sakit mata sebab benda tu kau KONGSI dengan orang lain.