Tuesday 27 December 2011

Entry Hujung Tahun Untuk Orang Berkira

Tinggal berapa hari je lagi untuk masuk tahun baru ikut kalendar masihi. Lalu tinggallah segala cerita suka duka dalam 2011. Cerita artis kahwin gah ditaja sana sini. Cerita artis cerai berai keluar masuk mahkamah. Cerita menteri makan duit rasuah. Macam-macam cerita lagi laa. Yang baik,elok diambil buat rujukan. Yg buruk tu,tak boleh jugak tolak tepi keseluruhannya. Kena juga amek buat jadi iktibar. Sebab nak tutup tahun ni, aku pun nak la update barang se-entry dua tp malangnya satu ni je laa kot yg mampu. Cuti yang busy. Hahaha.

Pernah tak korang rasa kawan yg korang duk kehulu kehilir tu kadang2 tak macam kawan. Maksud aku 'kawan' dalam erti sebenar. Aku banyak kawan tapi yang betul2 'kawan' memang tak ramai. Susah nak cari orang yang tak ada pertalian darah langsung dengan kita sanggup korban masa,tenaga bahkan duit dia semata-mata untuk kita. Kalau ada, alhamdulillah. Kalau tak ada, mungkin belum jumpa kot. Haha. Atau kadang2 sikap kita sendiri.

Istilah "what you give,you will get back" tu bukan direka saja2 sebab bunyi macam sedap atau nak berlagak 'gua reti cakap omputeh der!' semata2. Benda tu kajian dan aku rasa dari pengalaman hidup aku serta pengalaman hidup orang keliling aku, kata2 tu sangat laa tepat. Berapa ramai je yang betul2 jaga sikap dengan orang. Mungkin kalau ada pun dengan orang yang baru kenal dan tak biasa. Senang cerita cover perangai. Ok, sumpah aku benci perangai macam tu.

Depan orang kemain,lemah gemalai. Belakang orang,maki hamun pun boleh. Ok,aku tak cakap aku baik tapi sekurang2nya aku direct. Tapi bukan sikap tu yang aku nak tekankan kat sini. Ni tentang sikap 'berkira'. Ye. Berkira masa,tenaga bahkan duit dengan kawan. Mungkin korang akan kata "Ala semua student kot. Semua busy. Semua dapat pinjaman@elaun sama rata je." Ok, Tu aku tak nafikan tapi perlu ke nak berkira TERsangat2 bila kawan kau dah cukup2 TERdesak.

Benda ni sendiri jadi kat aku. Aku dengan kawan2 payah sikit nak berkira mungkin sebab kawan2 pun tak berkira dengan aku. Pada aku adat laa keluar minum kadang2 aku payung, kadang kawan tolong bayar. Aku dengan roomate aku blh je keluar beli barang sama2 dan takde pun belek bil pastu kira balik setiap sen yang terlebih terkurang. Takde weh. Takde!

Aku boleh terima kalau berkira tu seringgit dan ke atas tapi kalau seringgit ke bawah?? Jangan kata takde orang macam ni,ada! Kalau kawan kau terpakai duit kau 20sen,kau rasa sanggup ke kau nak pergi mintak balik? Kalau aku langsung tak sanggup. Malu laa. Bukan 20 ribu pun. Betul la mak aku kata,pinjam tetap pinjam tapi 20 sen weh. 20sen! Aku memang takleh terima. Dan yang berkira tu pulak orang yang pernah jugak pakai duit aku beringgit2 tapi aku tak kisah pun. Bukan nak mengungkit tapi terkenang. Hahaha.
amek la 20sen ko ni!!

Dan golongan yang macam tu, selalu mengadu orang berkira dengan dia. Dah kau berkira dengan orang,orang balas la balik. Hahaha. "What you give,you get back laa dude!"


Nota Kaki: Belajar laa ubah sikap tu.

Saturday 17 December 2011

Sebuah Pemergian Yang Pasti

Maaf dah lama tak update. Tengah cuti dan tak berkesempatan nak update. Awal Disember baru ni aku dapat satu panggilan dari Fatiah. Waktu tu pukul 4 pagi. Terkejut jugak sebab jarang pagi2 macam tu dia akan call. Bila pick-up call tu jantung aku rasa macam terlompat kat anak tekak.

"ma sesak nafas then tak sedar"

Ayat mudah yang biasanya senang difahami tu rasa macam equation add math kat dalam kepala. Then after 2 hours dia call balik dan sahkan yg Ma dah takde. Innalillahiwainnalillahirojiun. Terkedu. Lemah rasa lutut. 

Walaupun Ma bukan mak aku. Walaupun Ma sekadar mak pada roomate aku tapi aku sayang dia weh. Aku tak pernah rasa rapat dengan mana2 mak org before ni. Tapi Ma buat aku mudah nak rapat dengan dia. Walaupun aku payah nak faham loghat sana tapi Ma sabar je layan aku. Sebab dia seorang mak.

Ma memang baik. Siapa yang kata dia tak baik tu memang buta,pekak,tuli la kot. Everytime aku datang rumah, dia akan masak macam2. Dia layan aku pun macam anak sendiri. Aku rasa sangat selesa dengan dia. Tapi silap aku sebab aku memang tak pandai tunjuk rasa sayang kat org. Aku sayang dia, aku dah anggap dia macam mak aku sendiri.

Aku doakan Ma dipermudahkan semua urusan dan ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman. Aku pergi juga ke sana esoknya sekadar membantu apa yang termampu tapi aku faham kesedihan aku tak kan sama dengan keluarga. Aku harap diorang akan tabah menempuhi semua ni.

Al-Fatihah untuk Puan Normah.

p.s: aku rasa update ni la paling loser sekali ayat sbb aku tak tahu nak tulis mcm mana.