Saturday 17 December 2011

Sebuah Pemergian Yang Pasti

Maaf dah lama tak update. Tengah cuti dan tak berkesempatan nak update. Awal Disember baru ni aku dapat satu panggilan dari Fatiah. Waktu tu pukul 4 pagi. Terkejut jugak sebab jarang pagi2 macam tu dia akan call. Bila pick-up call tu jantung aku rasa macam terlompat kat anak tekak.

"ma sesak nafas then tak sedar"

Ayat mudah yang biasanya senang difahami tu rasa macam equation add math kat dalam kepala. Then after 2 hours dia call balik dan sahkan yg Ma dah takde. Innalillahiwainnalillahirojiun. Terkedu. Lemah rasa lutut. 

Walaupun Ma bukan mak aku. Walaupun Ma sekadar mak pada roomate aku tapi aku sayang dia weh. Aku tak pernah rasa rapat dengan mana2 mak org before ni. Tapi Ma buat aku mudah nak rapat dengan dia. Walaupun aku payah nak faham loghat sana tapi Ma sabar je layan aku. Sebab dia seorang mak.

Ma memang baik. Siapa yang kata dia tak baik tu memang buta,pekak,tuli la kot. Everytime aku datang rumah, dia akan masak macam2. Dia layan aku pun macam anak sendiri. Aku rasa sangat selesa dengan dia. Tapi silap aku sebab aku memang tak pandai tunjuk rasa sayang kat org. Aku sayang dia, aku dah anggap dia macam mak aku sendiri.

Aku doakan Ma dipermudahkan semua urusan dan ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman. Aku pergi juga ke sana esoknya sekadar membantu apa yang termampu tapi aku faham kesedihan aku tak kan sama dengan keluarga. Aku harap diorang akan tabah menempuhi semua ni.

Al-Fatihah untuk Puan Normah.

p.s: aku rasa update ni la paling loser sekali ayat sbb aku tak tahu nak tulis mcm mana.

No comments:

Post a Comment