Thursday 4 September 2014

Tiup Habuk 10 KG

Hello!! *tiup-tiup habuk*


Lama ya rabbi dah tak update. Nampak sangat zaman main blog dah berakhir sebab kusyuk main twitter dengan instagrengg. HAHA.

Ni pun buka pasal taip report kat belog sekolah, tetiba teringat diri yang tak maksum ni rupanya ada belog juga. *geleng kepala*

Ginilah. Aku sedang menimbang tara samada akan membiarkan belog ini terus bersawang, memulakan sebuah kerajinan dengan menulis satu entri sekurang-kurangnya sebulan atau menutup terus belog basi berkulat ni. *jeng-jeng-jeng*




Nantilah fikir. Bai!

*kebas-kebas habuk*



Saturday 20 April 2013

KELMARIN

Dari mata, mengalir rasa ke jiwa..
Adat bertemu hadirnya pembuka, penutup pasti tiba juga..
Dalam tawa, terselit duka..
Dengan salam, aku titip sebuah rasa..
Biar jalinan kekal bersambung, ibarat tali tersimpul tak terlerai..
Biar masa dan cuaca yang mereputkan..
Biar mati memisahkan..
Walau kasih tak berkesudahan, walau lara aku galas sendirian..
Senyum aku hadiahkan, air mata aku kekal simpan..
Aku yakin esok dan lusa itu ada, walau keadaanya tidak sama..
Seperti hari ini, semalam..
Dan kelmarin..

~Sungai Congkak~

Tuesday 25 September 2012

Kutipan dalam Praktikal

Dah lama tak menulis.. Berbulan jugak rasanya.. Kekangan masa, kerja, keadaan buat aku rasa 24 jam tak pernah cukup.. Tapi kurang2nya aku bersyukur masih punya peluang untuk bernafas biarpun dalam setiap langkah seharian tak pernah surut dengan perkara yang mendatang.. Dan aku sentiasa percaya suka dan duka tu rencah dan rempah dalam hidup..

Kesibukkan sehari-hari kadang membuatkan aku terlupa tentang perkara2 tertentu - sebagai contoh blog ni la.. Dan penulisan yang tergantung tak bersambung.. Ramadhan dan Syawal baru ni pun aku dalam tempoh praktikal.. Sibuk berganda 10 kali.. Tak terkejar rasanya nak pulun semua benda.. Jadi terpaksa slow tone sesetengah perkara yang kurang penting.. Aku hanya nak kongsi sesuatu dalam entri ni.. (konon macam orang baca je kan blog aku ni).. Perkara ni aku kutip masa praktikal baru ni..

Aku sentiasa memerhati.. Mendengar dalam diam.. Hidup kita tak pernah lari dari dirundung dugaan sbb dugaan tu Allah turunkan untuk buat kita lebih menghargai kehidupan.. Bukan untuk jadikan kita manusia yang tak bersyukur dan menyalahkan takdir sbb kita rasa Allah itu tidak adil.. Mengapa Allah turunkan aku dugaan sedangkan orang lain tak diuji pun?? Persoalan ni mungkin kerap kita tanya pada diri sendiri atau mungkin pada orang di sekeliling kita.. Dari segi psikologi,sebenarnya kita secara total tidak mahu menerima hakikat tu dengan cara membanding2kan diri dengan orang lain.. Itu sifat manusia..

Tipu kalau aku kata aku tak pernah rasa macam tu.. Jujur aku bukan manusia sempurna.. Saban hari menilik diri.. Mencari titik kekuatan dan kelemahan dalam diri.. Dan secara total,aku sering kesan kelemahan.. Dan tak pernah aku kesan kekuatan pada diri aku.. Bila aku diuji aku cepat melatah.. Cepat rasa putus asa.. Akhirnya aku akan mudah bandingkan nasib aku dengan orang lain..

Tapi pengalaman tu cukup buat aku rasa 'bodohnya aku tidak bersyukur selama ni'.. Ya.. Sepatutnya aku kata Alhamdulillah setiap kali Allah uji aku.. Itu tanda Allah memerhatikan apa yg aku buat, Allah menegur aku dengan caraNya.. Setiap orang diuji dengan perkara yang berbeza, bukan sbb Allah itu pilih kasih.. Allah itu Maha Adil.. Dan kerana Allah itu Maha Adil, maka Allah turunkan dugaan bersesuaian dengan hambaNya yang berbeza-beza..

Aku pernah duduk diam terperuk lama.. Berfikir.. Aku merenung A yang mengharungi sebuah perjalanan yang aku anggap sukar.. Tapi aku masih lihat dia mampu ketawa,mampu menjalani hidup seperti orang lain.. Lebih dari aku.. Aku lihat orang sekeliling aku adakala diuji oleh dugaan yang aku rasakan terlalu berat.. Tapi pada mereka, dugaan tu tidak seberat mana.. Aku teringat kata-kata seorang ustaz,

"Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.. Awak rasa perkara tu biasa2,orang lain mungkin anggap tidak.. Dan begitulah sebaliknya.. Allah takkan bagi dugaan yang tak mampu hambaNya galas.. Allah lebih tahu setakat mana kemampuan hambaNya.."

 

"Those who mind don't matter, and those who matter don't mind."- Bernard M. Baruch

Thursday 12 July 2012

Kau, Aku, Kita #1

Langkah pantas yang dihayun tadi sudah bertukar rentak menjadi larian kecil. Dia sudah lewat. Benar-benar lewat. Salahnya juga menolak pelawaan Saiful untuk menghantarnya ke KLIA. Konon kalau naik tren terasa macam nak pergi perantauan. Perantauan la sangat kalau setakat ke bumi Korea dua minggu. Jadual penerbangan di pandang sekilas melihat kalau-kalau flightnya sudah berlepas. Lega rasa. Mujur dia masih dalam kategori tak lewat sangat. Segera passport dan tiket kapal terbang disua pada petugas kaunter. Elok je sampai ke dalam perut kapal terbang, pramugari bertugas sudah bersiap sedia untuk memberi penerangan keselamatan. Dia penat. Dia penat sebab berlari dan sekarang penat bila atas kerusinya ada beg orang lain – beg orang sebelah sebetulnya.

          “Excuse me, miss.” Orang sebelah yang sedang menunduk tu segera mengangkat wajah.

          Beku. 

Oh. Sekarang dia rasa kalau dia betul-betul lewat sampai tertinggal flight pun tak apa. Dia mahu lari. Kalau ghaib pun dia lebih suka. Tak ada mana-mana jin dari lampu Aladdin nak muncul ke saat kritikal begini? Kalau dia buat-buat pengsan aci tak? Lepas tu tak payah naik flight ni. Tukar flight lain. Tak perlu jumpa ‘orang sebelah’. Tak perlu duduk di kerusi sebelah ‘orang sebelah’. Dan mujur tiada cermin kala tu, kalau tak dia dah boleh gelak guling-guling tengok wajah sendiri yang diyakini 120% beriak pelik. 

“Eh?” ‘Orang sebelah’ menunding jari ke arahnya. Terkejut. Cuma riak terkejutnya segera diganti dengan senyum melebar. Ya. Aku lupa. ‘Orang sebelah' memang ceria meria orangnya. Dan saat tu dia tahu perjalanannya untuk sampai ke bumi Korea pasti terasa lama seperti ke Atlanta. Dan niat untuk tidur sepanjang perjalanan mungkin dia boleh lupakan sekarang.

Dia mahu ghaib. Jujur.

Tuesday 10 July 2012

kau!

Kau tahu tak bila aku pandang kau, hati aku curi-curi pandang kau jugak? 
Kau tahu tak bila kau ada sebelah aku, aku rasa tenang? Bukan degup kencang mcm love-story kata. 
Kau tahu tak bila kau ada, aku akan rasa aku laa manusia paling selamat atas muka bumi ni? 
Kau tahu tak bila kau bercakap, aku akan jadi manusia yang sangat memberi perhatian?
Kau tahu tak bila kita berselisih faham, aku akan jadi manusia yang paling mudah mengaku kalah?
Kau tahu tak kau adalah manusia pertama yang akan aku ceritakan apa saja berkenaan lelaki?
Kau tahu tak yang aku akan senyum bila tengok kau dah boleh bahagia dengan awek kau?  
Kau tahu tak yang aku sendiri tak tahu apa yang aku rasa, bila dan kenapa rasa ni ada? 
Kau tahu tak yang aku mula suka pandang kau saat kita bertemu dalam kereta api pertama kali?  
Kau tahu tak waktu tu aku sudah mula selesa dengan kau walhal aku bukan orang yang mudah mesra?
Kau tahu tak yang aku akan pastikan kau happy dan bahagia serta selalu mendoakan kau?
Kau tahu tak yang sebenarnya aku akan pastikan rasa ni kekal bertanda begini tanpa sebarang ungkapan?
Kau tahu tak yang aku akan pastikan kau kekal tak tahu sebab aku taknak rosakkan hubungan sedia ada?


Kau tak tahu dan biar kau kekal tak tahu. Dan aku suka begini.

20120710:1850