Tuesday 27 December 2011

Entry Hujung Tahun Untuk Orang Berkira

Tinggal berapa hari je lagi untuk masuk tahun baru ikut kalendar masihi. Lalu tinggallah segala cerita suka duka dalam 2011. Cerita artis kahwin gah ditaja sana sini. Cerita artis cerai berai keluar masuk mahkamah. Cerita menteri makan duit rasuah. Macam-macam cerita lagi laa. Yang baik,elok diambil buat rujukan. Yg buruk tu,tak boleh jugak tolak tepi keseluruhannya. Kena juga amek buat jadi iktibar. Sebab nak tutup tahun ni, aku pun nak la update barang se-entry dua tp malangnya satu ni je laa kot yg mampu. Cuti yang busy. Hahaha.

Pernah tak korang rasa kawan yg korang duk kehulu kehilir tu kadang2 tak macam kawan. Maksud aku 'kawan' dalam erti sebenar. Aku banyak kawan tapi yang betul2 'kawan' memang tak ramai. Susah nak cari orang yang tak ada pertalian darah langsung dengan kita sanggup korban masa,tenaga bahkan duit dia semata-mata untuk kita. Kalau ada, alhamdulillah. Kalau tak ada, mungkin belum jumpa kot. Haha. Atau kadang2 sikap kita sendiri.

Istilah "what you give,you will get back" tu bukan direka saja2 sebab bunyi macam sedap atau nak berlagak 'gua reti cakap omputeh der!' semata2. Benda tu kajian dan aku rasa dari pengalaman hidup aku serta pengalaman hidup orang keliling aku, kata2 tu sangat laa tepat. Berapa ramai je yang betul2 jaga sikap dengan orang. Mungkin kalau ada pun dengan orang yang baru kenal dan tak biasa. Senang cerita cover perangai. Ok, sumpah aku benci perangai macam tu.

Depan orang kemain,lemah gemalai. Belakang orang,maki hamun pun boleh. Ok,aku tak cakap aku baik tapi sekurang2nya aku direct. Tapi bukan sikap tu yang aku nak tekankan kat sini. Ni tentang sikap 'berkira'. Ye. Berkira masa,tenaga bahkan duit dengan kawan. Mungkin korang akan kata "Ala semua student kot. Semua busy. Semua dapat pinjaman@elaun sama rata je." Ok, Tu aku tak nafikan tapi perlu ke nak berkira TERsangat2 bila kawan kau dah cukup2 TERdesak.

Benda ni sendiri jadi kat aku. Aku dengan kawan2 payah sikit nak berkira mungkin sebab kawan2 pun tak berkira dengan aku. Pada aku adat laa keluar minum kadang2 aku payung, kadang kawan tolong bayar. Aku dengan roomate aku blh je keluar beli barang sama2 dan takde pun belek bil pastu kira balik setiap sen yang terlebih terkurang. Takde weh. Takde!

Aku boleh terima kalau berkira tu seringgit dan ke atas tapi kalau seringgit ke bawah?? Jangan kata takde orang macam ni,ada! Kalau kawan kau terpakai duit kau 20sen,kau rasa sanggup ke kau nak pergi mintak balik? Kalau aku langsung tak sanggup. Malu laa. Bukan 20 ribu pun. Betul la mak aku kata,pinjam tetap pinjam tapi 20 sen weh. 20sen! Aku memang takleh terima. Dan yang berkira tu pulak orang yang pernah jugak pakai duit aku beringgit2 tapi aku tak kisah pun. Bukan nak mengungkit tapi terkenang. Hahaha.
amek la 20sen ko ni!!

Dan golongan yang macam tu, selalu mengadu orang berkira dengan dia. Dah kau berkira dengan orang,orang balas la balik. Hahaha. "What you give,you get back laa dude!"


Nota Kaki: Belajar laa ubah sikap tu.

Saturday 17 December 2011

Sebuah Pemergian Yang Pasti

Maaf dah lama tak update. Tengah cuti dan tak berkesempatan nak update. Awal Disember baru ni aku dapat satu panggilan dari Fatiah. Waktu tu pukul 4 pagi. Terkejut jugak sebab jarang pagi2 macam tu dia akan call. Bila pick-up call tu jantung aku rasa macam terlompat kat anak tekak.

"ma sesak nafas then tak sedar"

Ayat mudah yang biasanya senang difahami tu rasa macam equation add math kat dalam kepala. Then after 2 hours dia call balik dan sahkan yg Ma dah takde. Innalillahiwainnalillahirojiun. Terkedu. Lemah rasa lutut. 

Walaupun Ma bukan mak aku. Walaupun Ma sekadar mak pada roomate aku tapi aku sayang dia weh. Aku tak pernah rasa rapat dengan mana2 mak org before ni. Tapi Ma buat aku mudah nak rapat dengan dia. Walaupun aku payah nak faham loghat sana tapi Ma sabar je layan aku. Sebab dia seorang mak.

Ma memang baik. Siapa yang kata dia tak baik tu memang buta,pekak,tuli la kot. Everytime aku datang rumah, dia akan masak macam2. Dia layan aku pun macam anak sendiri. Aku rasa sangat selesa dengan dia. Tapi silap aku sebab aku memang tak pandai tunjuk rasa sayang kat org. Aku sayang dia, aku dah anggap dia macam mak aku sendiri.

Aku doakan Ma dipermudahkan semua urusan dan ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman. Aku pergi juga ke sana esoknya sekadar membantu apa yang termampu tapi aku faham kesedihan aku tak kan sama dengan keluarga. Aku harap diorang akan tabah menempuhi semua ni.

Al-Fatihah untuk Puan Normah.

p.s: aku rasa update ni la paling loser sekali ayat sbb aku tak tahu nak tulis mcm mana.

Wednesday 9 November 2011

Exam dan Review Movie

Otokke!! Esok exam paper TDPP. Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Tapi aku sempat lagi ha menjengah blog. Kalau time tak exam tu tak nak pun update. Mangai punya Aqilah!! Lagi mangai sebab aku tak study lagi tapi aku boleh bersenang lenang. Tambah mangai aku tak tahu apa yang aku dah belajar pasal subjek. Mangai kuasa 18 la aku. Habis la aku. Habis la. Hahaha. Habis,habis tapi jari duk tekan butang lappy gak. Takdenya nak belek buku. Sebab apa? Sebab spot ada. Hahaha.

Biasa nak exam orang lain dah kelek buku, dah kerap pergi kelas sebab nak tahu soalan2 mana yang ada potensi untuk masuk. Aku? Makin dekat dengan exam, makin rajin jugak la aku bercinta dengan bantal. Haha. Dan makin rajin jugak la aku pergi melagha dengan movie. Balik rumah pun serupa tu jugak, duk tengok tv. Minggu ni ada la 4 movie yang memberi kesan pada aku. Kat wayang aku sempat tengok IN TIME dan REAL STEEL je. Kat rumah hari tu masa cuti raya korban sempat teengok LASYKAR PELANGI dan TAARE ZAMEN PAR kat TV3.
IN TIME memang best. Melangkah satu takuk kehadapan tapi sebenarnya sinis kalau betul2 faham apa yang ada di sebalik movie tu. Bagi manusia fikir yang masa tu penting dan jangan dok bazir masa dengan benda takde faedah. Tapi plot cerita tu agak kurang memuaskan sebab terlalu mendatar. Tak tahu celah mana klimaks dia. Kalau tak, takde la Fatehah Zulkifli boleh tidur tengok. Pastu sibuk duk tanya aku apa jadi. Tapi kalau tak sebab kenangkan duit aku yang dah keluar, aku pun dah tidur. Haha. Cerita tu hanya bersandar dan berharap pada kehenseman Justin Timberlake semata.



Untuk REAL STEEL aku bole bagi 4 bintang dari 5. Walaupun Syaakira kata dia bagi full mark. Mungkin sebab aku tak suka cerita robot2 kot. Haha. Aku tengok pun sebab aku punya buah hati suka sangat dengan robot tu. Tapi nice la. Paling penting relationship between father and son. Even tak pernah jumpa tapi kalau dah anak beranak sama je. Ketegaq. Cuma cerita tu terlalu banyak lawan2 dan tak sesuai untuk budak2. Yg lain ok.

LASYKAR PELANGI dan TAARE ZAMEN PAR best!!! Daebak! Aku sebak tapi tak menangis. Sebab tengok kat rumah. Malu. Hahaha. Dua2 cerita tu dah banyak kali member suh tengok cuma tak berpeluang dan belum bersedia sebab cerita tu bkan cerita ringan. Pada aku la. Cerita tu sarat dengan pengajaran. Lebih2 lagi untuk bakal pendidik macam aku. Semangat dalam pendidikan tu yang penting. Dua2 cerita tu wataknya tak putus asa. Sanggup berkorban untuk kejar kejayaan.


Dan mungkin tu la yang patut aku buat. Insaf kejap.

Nota Kuku Kaki: Bukak buku dan SPOT pulak!!

Monday 31 October 2011

Kerana Dia adalah Harapan


Sebuah coretan dari hati... 


Tiga tahun lepas, saya mengenali seorang hamba ALLAH. Perkenalannya cukup singkat dan sederhana tapi cukup untuk membuatkan saya terus mengingatinya. Hingga saat nurkilan ini dicoretkan, saya masih mengingatinya. Mungkin di saat nurkilan ini sudah lama dicoretkan pun, saya masih terus mengingatinya. Dia hanya manusia biasa, sama seperti orang lain. Dan pada pandangan orang lain pun, dia tiada apa. Dia hanya seorang manusia yang gagal dalam kerjaya, dalam hidup juga. 


Saya sendiri kurang pasti kenapa saya memandangnya dari sudut yang berbeza. Saya tidak memandangnya sebagai manusia gagal dalam hidup, tetapi saya memandang setiap kegagalan yang ditempuhi olehnya sebagai dugaan buatnya. Kata sahabat-sahabat semua berpunca dari dirinya sendiri yang salah membuat pilihan dalam hidup. Kata mereka juga, dia terlalu mengikut darah muda dan gopoh membuat keputusan. 


Benar, setiap orang diberi hak untuk memilih jalan yang mana harus dipilih. Dan risiko dari pilihan itu, kita sendiri yang tanggung. Tetapi bukankah setiap manusia itu tidak sempurna dan melakukan kesilapan. Dan sebagai hambaNya kita tak punya kuasa untuk menghukum apatah lagi untuk mengadili. 


Saya mengenali dia saat dia terjatuh. Waktu itu hanya keluarga yang berada di sisinya. Tidak pernah sekalipun saya terleka untuk meniupkan semangat buatnya. Dan tidak pernah sekalipun saya terlupa mendoakan kebaikkan untuknya. Walau pertama kali bertemu, saya melihat ada nada kesungguhan pada wajahnya.


Kerana sedikit kesilapan dan tindakan gopoh saya, kami tidak bertukar khabar hampir dua tahun. Saya tidak pernah mengharapkan dia akan memaafkan saya, jauh sekali untuk bersahabat semula dengan saya. Waktu itu saya berusaha mencarinya semula dan saya dapat tahu dia sudah bangun dari kegagalan dan menguruskan perniagaan keluarga. Kebetulan, saya ada sedikit kerja untuk diuruskan berhampiran rumahnya. Kami bertemu. Namun kekok itu masih memenuhi perbualan. Saya tidak menyalahkannya kerana saya tahu silap berpunca dari saya. 


Tidak lama kemudian, saya mendapat khabar dia menemui kegagalan lagi. Juga berpunca dari kesilapannya. Waktu itu tiada siapa lagi yang berdiri disisinya melainkan keluarga. Kawan di waktu senang hilang, tak mengaku kenal. Saya cuba untuk menghubunginya, tapi gagal. Saya tak tahu sama ada dia masih tak dapat maafkan saya atau malu saya mengetahui lagi tentang kegagalannya. Tidak lama kemudian, kami bertemu lagi. Saya nampak dia menanggung malu sehingga tidak mahu bertemu masyarakat. Saya bukanlah pandai memberi nasihat. Saya melayannya seperti biasa, seperti tiada apa yang berlaku. Sekadar untuk dia tahu yang saya masih memandangnya sama seperti dahulu. Tidak pernah saya menilainya sebagai seorang yang gagal.


Kini saya tidak punya apa-apa perantara lagi untuk berhubung dengannya. Saya percaya kuasa ALLAH itu hebat. Jika ditakdirkan dia membaca coretan ini tidak kiralah bila dan dimana, saya mahu dia tahu yang saya percaya satu waktu nanti dia akan bangun dan tidak akan gagal lagi. Saya sentiasa mendoakan apa saja yang terbaik untukknya. Dan saya tetap memandangnya dari sudut terbaik. Saya tidak mengharapkan dia tahu yang saya masih menunggu. Saya cuma mengharapkan yang saya masih boleh terus menunggu. Doa saya tidak pernah putus buatnya.



Nota kaki: Cinta yang agung adalah cinta yang menunggu dan terseksa.

Thursday 20 October 2011

Apologize

Maaf. Rasa-rasa mudah tak nak sebut? Sebut memang mudah. Tapi kalau kita buat salah besar, terlalu besar. Sanggup ke nak minta maaf? Dan kalau ada orang buat salah besar dengan kita. Mungkin perkara yang amat-amat tak boleh diterima akal, boleh ke kita memaafkan?




Selalu kemaafan yang dihulur kita akan sambut. Untuk jaga air muka mereka barangkali. Kita akan kata

'Ye. Tak apa. Aku maafkan kau.'

Tapi tu mulut yang kata. Hati? Sesungguhnya amat payah nak maafkan orang dengan hati yang betul-betul terbuka. Dan kalau betul maafkan, pasti ada ketika dan masanya kita akan teringat benda yang pernah jadi dan mula memikirkan benda tu.

Manusia boleh memaafkan tapi melupakan tak sama sekali. Lainlah kalau kepala kau terhantuk dan amnesia. Haha.

Kongsi di Laman Sosial

Lama sangat dah rasanya aku tak update. Sejak laptop aku rosak yang kini dah pun diganti dengan laptop baru. Hahaha. Bahagia tapi sengkek. Mahu tak sengkek kalau elaun habis kat laptop semata. Tak apa. Guna untuk tuntut ilmu(sedapkan hati sendiri). Memandangkan 'assignment' semua dah habis hantar, aku pun dengan penuh motivasi nak update blog aku yang dah penuh dengan sawang. Oh panjangnya intro.

Semua orang ada laman sosial. Ok aku tipu. Bukan semua orang tapi kebanyakkan orang ada laman sosial. Facebook, Twitter, Tumblr dan segala macam lagi. Aku tak pernah tahu semua tu sebab aku tak ada. Ok aku tipu lagi. Aku hanya ada facebook sahaja. Sahaja. Aku tak kisah langsung orang nak kata

    "Weh! Bukak laa akaun Twitter. Sekarang orang dah tak FB sangat. Twitter laa. Boleh twitt-twitt."

dan

"FB? Kunolah kau ni. Tumblr kan lagi best."

Kadang rasa nak lempang pun ada. Aku memang baran. Kalau sekali dua tak apa. Tapi kalau dah banyak kali dan dari orang yang sama, tak ke rasa macam nak sumbat mulut dia dengan stokin. Biarlah aku kuno pun. Aku sayang Mark Zuckerberg. Haha.

kalau marah hidung makin mancung tak apa. ni makin kembang.

Ok cukup merepek. Aku tengok orang sekarang bila ada laman sosial, semua benda nak kongsi. Memanglah peranan laman sosial tu berkongsi. Macam motto FB.


Aku tekankan bahagian 'share content with people in your life'. Share=Kongsi. Aku tak nafikan aku pun kongsi dengan kawan-kawan. Tapi yang jadi macam tak berapa betul, pergi kongsi SEMUA tu buat apa?
Aku tak nak sebut tentang
'Hari ini aku pakai blaus kaler biru belang2 pink' 
atau
'Spec yang I beli kat uptown Danau Kota kelmarin patah kena pijak dgn kucing jiran sebelah'
Tu semua buat aku loya nak muntah. Yang aku nak sebut tentang

'Darling, mish u. U mish i tak'. 
Pastu si darling pun balas
'i pun mish u gak'. 

Dan diikuti dengan komen-komen geli. Oh tolonglah. Aku tahu kau tengah bahagia tapi tak payah la nak KONGSI dengan semua orang tentang manja mesra kau dengan darling kau kat FB. Tu kalau waktu manja mesra. Kalau tengah gaduh pun nak heret tepek kat wall post.

'Lu ingat Lu bagus. Gua menyesal kenal orang macam Lu. Perangai Lu macam #$@^^%*&^.' 

Ni yang tak boleh pakai. Waktu bercinta kemain 'u', 'i'. Darling, sayang, honey, baby semua bubuh. Bila gaduh siap mencarut-carut bagai. Kesian dekat 'u' dengan 'i'. Tak pasal-pasal kena campak merata hala. Tapi kau sedar tak yang kau carut-carutkan tu semua orang boleh baca sebab kau KONGSI kat FB??

Nak bermanja mesra ke mencarut ke, kat luar la. Profesional sikit. Tu laman sosial untuk buat kawan. Ada orang guna laman sosial untuk berhubung dengan kawan-kawan lama. Ada orang guna laman sosial untuk berKONGSI maklumat. Jangan ingat bila orang 'like' wall post kau yang macam tu, orang betul 'like'. Tu semua sebab Mark Zuckerberg tak cipta butang 'unlike'. Kalau tak dah ramai orang 'unlike' termasuk aku. Haha.
 Mark Zuckerberg! Buat cepat sikit.

p.s: FB pun dah ada lagu sekarang. Tu menunjukkan orang bercinta dari FB pun ada je bahagia. Bahagia ke tak bahagia tak payah buat post sakit mata sebab benda tu kau KONGSI dengan orang lain.

Wednesday 18 May 2011

dia datang lagi

yeah.... dia datang dengan tenang... aku yang menunggu dia datang ni yang dok gelabah tak sudah...

exam...exam..exam... dia datang lagi... kali ni makin banyak... makin bertambah jumlah paper... makin bertambah keserabutan.... makin kelam minda nak menghafal teori...

cepat dia datang... cepat jugak laa dia pergi... hahaha...

p.s: cuti sem dalam igauan....

Thursday 5 May 2011

virus

sakit hati, sakit kepala, sakit jiwa...ok tipu...sakit jiwa belum lagi tapi hampir kalau benda ni berterusan....

laptop aku yg comel di jangkiti virus sama macam tuan dia yang dijangkiti virus kemalasan...

p.s: ikut hati nak je aku g beli laptop baru....

Friday 29 April 2011

hati manusia ALLAH yang pegang

pahit bila kita terpaksa telan realiti... pedih bila hati kita tak boleh terima realiti tu... berpasir rasa air liur bila kita sedar hakikat realiti tu kita harus terima, bezanya cepat atau lambat je...

salah sendiri bila letak harapan tinggi pada manusia biasa sama macam kita, manusia biasa yang tak pernah lari dari buat silap, manusia biasa yang bukan sempurna...

berharap manusia tu berubah tak salah cuma siapa kita untuk kita duga dia boleh berubah sebab kita yang biasa-biasa sama macam dia... manusia yang biasa-biasa macam kita hanya boleh doa dia berubah tapi tak boleh letak harapan tinggi yang dia AKAN berubah...

kita bukan Tuhan... kita takde kuasa nak ubah hati orang... kita cuma boleh bantu dia tapi hati dia tetap ALLAH yang pegang...

20110429:1210

p.s: thought u have change..but my bad...my mistake...

ujian akhir kursus

esok aku ada ujian akhir kursus (UAK)... subjek Hubungan Etnik... takde laa payah mana cuma tahap aku nak membaca subjek ni sangat laa malas... nak belek perlembagaan segala... adeh, masuk bawah tanah dah rasanya kemalasan aku ni... dari tadi duduk berkampung 5 orang pegang buku sorang satu... kononnya discussion... padahal bersembang merata hala.... siap boleh pulak bukak hikayat zaman kanak-kanak sorang sikit...huh..!

dari nescafe segelas, bawak ke dadih sorang satu... sampai boleh bukak kad happy family... objektif..?? takde objektif yang berkaitan dengan subjek sebenarnya....HAHAHAHA..... bila dah merepek meraban lagha setengah jam,alhamdulillah.... Allah bukak pintu hati suruh discuss subjek semula... tapi 10 minit je... pastu.?? lagha balik... *sigh

kalau laa tidur camnie terus pandai....


p.s: semangat nak balik kampung lagi hebat dari semangat nak jawab test....

Saturday 23 April 2011

ungunya cinta

pernah tak korang tengok telemovie ni..? terdengar tajuk telemovie ni atau terbaca kat mana-mana blog,facebook,surat khabar dan sebagainya.?? kalau yang mana dah pernah tengok,baguslah...kalau yang mana sekadar terdengar atau terbaca kat mana-mana aku sarankan korang tengok...


ceritanya simple tapi mesejnya ada..cukup terkesan dalam hati aku...cukup buat aku meleleh bila part ending datang...

aku menangis comel macam nie..haha..

drama melayu seperti kebiasaanya akan ketengahkan isu cinta...sama jugak macam telemovie nie...jalan ceritanya pun tak ada la istimewa mana cuma tak meleret-leret...berkisar tentang ANDI dan UNGU...hero dan heroin yang bertemu sebab mak heroin sarankan kepada mak hero yang anak dia boleh ajar tuition pada hero yang bengap dan suka ponteng sekolah ikut suka hati tenuk dia je...dan dari situ seperti kebiasaan drama melayu, hero and heroin pun jatuh tangga cinta...

kemuncaknya bila heroin nampak hero dengan girl lain and si hero tu pun tak mampu nak explain apa-apa...dan seperti biasa (lagi) berlaku laa misunderstanding...masa hari heroin tu perform untuk last stage,mak dia bagi surat yang diamanahkan oleh hero tu...baru laa heroin tahu yang sebenarnya hero nie sakit tenat dan akan jalankan operation on the same day dengan heroin punya last stage...berlari laa si heroin tu pergi hospital,nak jumpa hero and rasa menyesal atas segala misunderstanding yang berlaku...tapi takdir ALLAH siapa laa yang boleh duga...hero tu mati waktu operation...

perkara yang aku nak highlight-kan kat sini ialah tak semua love story will be end with happy ending...cerita ni buat aku sedar yang sad ending pun boleh berlaku...manusia hanya punya kuasa untuk merancang tapi penentunya hanya DIA...kebahagiaan tu walaupun bersifat sementara,hargailah sebaik mungkin...bak kata hero cerita ni:
"mencintai awak dah cukup buat saya bahagia walaupun sementara"

credit pic to encik google...=)


p.s: aku layan telemovie nie sbb aku suka hero dia sebenarnya...hahaha...

ikatan dua hati

tajuk kat atas macam haper je...tp sbb dia mcm haper tu laa aku nak tulis jugak...hahaha...

bila sekali baca tajuk automatik orang akan buat kesimpulan tentang percintaan...tapi tak semestinya...dua hati tu tak semestinya libatkan hati kau and hati pemusnah chenta hati kau...boleh je terjadi ikatan tu atas nama sebuah persahabatan dan kekeluargaan...

ikatan dua hati yang aku nak highlight-kan kat sini ialah ikatan antara hati korang dengan mak ayah korang...korang duk sibuk fikir nak jaga ikatan hati dengan pemusnah chenta hati...usaha bagai ketuk pintu bilik penjual topup semata-mata nak topup dengan urgent sebab pemusnah chenta hati korang merajuk segala bagai...perlu ke..??
nak muntah jap....

pernah tak korang ketuk pintu bilik penjual topup pukul 2,3 pagi semata-mata nak call mak ayah korang sebab tetiba teringat...ada..?? aku berani jamin berapa kerat je yang sanggup buat macam tu...



muka pemusnah chenta hati kalau dapat call korang

pernah terbayang tak muka parents korang sedih tunggu korang call..??



p.s: tak sabar nak balik rumah cuti hari pekerja ni...

Friday 22 April 2011

sibuk menyibuk

org lain ada,kau dengki...kau nak gak ada...skrg kau dah ada...puas hati..??

ok...aku puas hati...sekarang aku dah ada dunia baru yang KONONnya aku nak beri sepenuh komitmen...
tengok je laa lama mana cita-cita aku yang satu nie terlaksana...

p.s: jenuh belajar buat blog dengan sahabat handai...=)